PEMULIHARAAN SPESIS BULUH...2014
Pada hari terakhir cuti raya ,saya membuat satu aktiviti pemuliharaan satu spesis buluh yang hampir pupus di hutan ini akibat penerokaan haram tanah rezab Kerajaan. Perjalanan ke hutan simpan kekal mengambil masa yang lama dan memenatkan Ditemani oleh adir ipar Wan dan Tapa sebagai jurupandu dengan seekor anjing..perjalanan amat mengujakan,,,,
Selama 2 jam perjalanan dari kaki hutan,kami telah menemui spesis buluh yang hampir pupus di hutan ini. Penerokaan tanah secara rakus oleh manusia menyebabkan buluh ini hanya tinggal serumpun sahaja. Kerja-kerja menanam semula dilakukan agar ia dapat dikekalkan dihabitatnya..
Rumpun buluh yang mengharap cahaya...
Wan dan Tapa berhenti rehat seketika,,,
7 Mac 2015 , Lagi buluh sedang direndam , menambah stok buluh..key a dan b
27 Mac 2015 , Aktiviti menebang stok buluh.
Memilih batang buluh temiang yang matang untuk membuat seruling..
Pak Nik sedang memerhatikan buluh temiang yang akan ditebang.
Buluh Temiang mempunyai ruas sepanjang 4-5 kaki. Sesuai untuk membuat seruling lower not.
Singgah makan sekejap...setelah penat seharian.
Proses merendam batang buluh untuk mengeluarkan kanji.
Baka Temiang Acheh(kiri) dan Baka Buluh Anap(kanan) yang masih menunggu masa sesuai untuk ditanam kerana musim kemarau..
Rumpun buluh Temiang Acheh yang baru berusia setahun. Baka jenis ini tahan lasak. Tekstur permukaan buluhnya cantik. Baka ini ditanam pada tahun awal tahun 2014.
Aktiviti menyemai anak pokok buluh temiang..
Semaian anak-anak buluh temiang(schizostachyum jaculan) yang berusia 2 minggu.
20 OGOS 2015, MENANAM ANAK BULUH TEMIANG
Anak benih buluh Temiang yang berusia 5 bulan.
AKTIVITI RUTIN SERULING RIMBA Dis 2015- April 2016
Proses mengeringkan buluh Temiang agak lama hingga mengambil masa selama 3 bulan - 6 bulan. Selepas itu barulah boleh digunakan untuk membuat seruling.

























Boleh tahu mana lokasi nak cari buluh temiang
ReplyDelete